Khamis, 13 Jun 2013

Homemade Popcorn

Permintaan dari Anak - Anak nk makn popcorn. Smbil2 tngok cte katon Dia ..heheh

Popcorn resepi

Bahan-Bahan
2 sudu besar butter/marjerin (resepi asal guna marjerin, rumah takde marjerin)
2 sudu besar minyak masak
Jagung kering secukupnya

Bahan salut : Karamel (optional)
1 sudu besar butter/marjerin
5-6 sudu besar gula (sebenarnya gula ikut ni agak2, ikut berapa banyak pop corn yang ada)

Cara-caranya
Pop Corn:
Panaskan butter dan minyak sehingga cair di dalam periuk. Waktu ni kuatkan api, bila butter dah mula cair, kecilkan api pd tahap sederhana besar. (Sila guna periuk bertutup yea, sebab bila masak, pop corn ni meletup-letup. kalau tidak terabur satu dapur)
Apabila butter sudah cair, masukkan jagung kering secukupnya sehingga menutupi dasar periuk dan paras minyak dan butter yang telah cair. Tutup periuk.
Kemudian akan dengar bunyi meletup-letup (kalau guna periuk berpenutup glass, boleh nampak pop corn tu melompat-lompat).
Bila bunyi 'pop' dah kurang rancak, matikan api untuk mengelakkan hangus di bahagian dasar (lebih kurang 10 minit macam tu).Waktu ni penuh pop corn satu periuk (tak perlu kacau sebab kalau buka penutup peiuk, nanti pop corn melompat ke luar).
Keluarkan dan tabur dengan garam. (kalau tak nak letak karamel)
Karamel:
Masak butter dan gula sehingga cair dan keperang-perangan. Guna api sederhana besar dan kacau selalu untuk elak hangus. Kalau guna api terlalu besar, nanti gula akan meletup-letup (sakit kena gula bila panas, boleh melecur). Bila sudah keperangan, tutup api dan masukkan pop corn tadi. Gaul cepat2 sebab gula cepat keras.
karamel Coklat:
Buat macam topping kek coklat, guna kaedah double boil. Bila dah cair, masukkan pop corn yang sudah disalut karamel, so jadilah pop corn karamel bersalut coklat.
Mudahkan, tak payah susah2 beli kat GSC.Buat senang, modal sikit, makan pun senang.Selamat Mencuba!




Khamis, 29 November 2012

Crepe Durian Comel Polkadot

fenomena crepe Durian ,ada dot-dot plk ha..saja gatal tangan..hi..mmg sedap dimakan sejuk-sejuk




Copy resepi nie pula..

Dari dapur kakzu
trima kasih kakzu atas resepi

Crepe Durian Polkadot


BAHAN BAHAN

20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan


CARA CARA

Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk , sebatikan dan tapis
Lengserkan kuali dengan butter.
Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan tipis. Masa kite menebar tuu lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal. Buat crepe setipis yang boleh ye.
Masak menggunakan api yang kecil
Masak hingge crepe mengering dan tak perlu di terbalikkan.

FILLING
200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
Isi durian secukupnye.

atau

FILLING KASTARD

A ) 200 gm susu segar
50 gm whipping cream

B ) 30 gm tepung kastard
50 gm gula castor
2 kuning telur
30 gm susu segar

200 gm non dairy whipping cream

Satukan campuran B hingga sebati.
Satukan A dan B dan masak atas double boiler hingga adunan menjadi pekat.. Sejukkan sebentar.( biar betul betul sejuk tauu , kalau tak nanti freshcream tuu mencair )
Putar whipping hingga kental.
Satukan adunan kastard dan whipping dengan kaedah kaup balik.

CARA MENGGULUNG.
Ambil sekeping crepe
Letak filling
Letak isi durian
Gulung crepe dengan melipat kiri dan kanan.Lipat bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah keatas
.




Ahad, 21 Oktober 2012

Resepi Kuih cara berlauk




Kuih cara berlauk
Bahan-bahan ( 10 keping )
utk kuih cara
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
Garam / gula
(saya buat 2 adunan)


Utk inti
6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
1/2 biji capsicum
3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
1 biji bawang besar di potong dadu
2 sudu serbuk kari daging
Sedikit Daun bawang di potong halus
Sedikit daun sup di potong halus
Garam n serbuk perasa

Cara-cara
Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.(saya blend smua n tapis)


cara:
Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.(cara masak saya letak acuan atas api saja senang (^_^) saya ikut cara kak azzariyat nie 
http://azzariyat.com/2010/09/20/resepi-kuih-cara-manis/

Getuk Ubi Kayu



Getuk Ubi Kayu

Bahan-Bahannya (^_^)

:Ubi kayu secukupnya:Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
:Sedikit gula halus
:Bancuhan tepung untuk menggoreng (saya guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit 
:pewarna kuning sdikit, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)

@Nak cecah sambal pn boleh..


Cara membuatnya :-)
1.Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, 

2.rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas.

3.Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata.saya hancur kan gne garfu je, (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).

4.Kemudian buatkan bentuk bebola (klu nk gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata pn boleh). Buat hingga siap.

5.Celup dalam bancuhan tepung,bancuhan hndaklah sedikt pekat xcair sangt n xpekat sangt dan goreng terendam hingga kuning keemasan.

6.Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal untuk minum petang atau pun sarapan pagi...

.selamat memcuba..

Khamis, 18 Oktober 2012

Resepi Roti Jala



Rasa nak cuba bt roti jala,Cuba la resepi nie,
smlm bt ROTI JALA KARI AYAM, 
harini rasa nak makn ROTI JALA KARI DAGING pula..(^_^)

Bahan-bahan ( 3 orang )
3 cawan tepung gandum
1 s/k garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur / saya tak letak(sedap jugak)
3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat./saya guna 
botol muncung 3 dan dua,keje menjala adunan,boleh didapati dikedai alatan rumah,Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah


memang berselera cecah dengan kuah kari
klu ada sekaya durian lagi sedap...nyum..nyum

Resepi TAUHU SUMBAT ISI AYAM



Bahan A
1 ekor Ayam (ambil isi bahagian dada)
kisar guna msin kering
Secubit garam
Secubit lada hitam/lada sulah(klu nk letak)
saya tambah sedikit serbuk Keju Parmesan (tak nak letak
pon xpe)
Sedikit daun bawang dipoyong halus
1 biji cili besar merah dipotong halus


Bahan B
1 biji Bawang merah
3 ulas bwng putih
Sedikit halia (utk hilangkan bau hanyir ayam)
1 s/b minyak olive oil untuk menggoreng bahan B

Bahan C
1 bungkus Tauhu goreng (halal)
1 biji kuning telur/putih telur
Tepung kentacky/serbuk roti
Minyk untk menggoreng

macam ini cara sumbat isi ayam

Cara2
Campur semua bhan A kacau sebati,Goreng bahan B smpai naik bau,jangan garing sangt,masuk kan dalam bahan A Gaul sebati.belah dua Tauhu goreng lepas itu boleh la disumbat isi ayam tadi,sadur Tauhu Sumbat tadi dengan kuning telur atau ptih telur & gaulkan dalam tepung kentacky/serbuk roti & bolehla digoreng dalam api sederhana sehingga kekuningan masak..angkat
bolehla dihidangkan untuk minum petang cecah sos,atau sebagai lauk sampingan..

selamat memcuba




Resipi Puding Karamel Lapis Coklat



Resipi Puding Karamel Lapis Coklat
Bahan A
1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

2 s/b tepung kastad

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

cara:




1.Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.




2.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.


3.Panaskan periuk kukusan-kukus guna oven. Letak air dlm dulang pembakar dan kukus pd suhu 200′C.saya guna pengukus atas dapur.


4.Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.

5.Sebelum masukkan adunan B,goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu.maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain,kemudian
masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.

6.Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.-kite buat 3 lapis je. So kukus lama sikit pd setiap lapisan.
nak buat 2 adunan pon boleh.

7.Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan

Potong dan hidangkan.boleh tahan 3 - 4hari dalam peti
ais.

saya buat 3 lapisan je
selamat memcuba.(^^,)