Ahad, 21 Oktober 2012

Resepi Kuih cara berlauk




Kuih cara berlauk
Bahan-bahan ( 10 keping )
utk kuih cara
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
Garam / gula
(saya buat 2 adunan)


Utk inti
6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
1/2 biji capsicum
3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
1 biji bawang besar di potong dadu
2 sudu serbuk kari daging
Sedikit Daun bawang di potong halus
Sedikit daun sup di potong halus
Garam n serbuk perasa

Cara-cara
Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.(saya blend smua n tapis)


cara:
Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.(cara masak saya letak acuan atas api saja senang (^_^) saya ikut cara kak azzariyat nie 
http://azzariyat.com/2010/09/20/resepi-kuih-cara-manis/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan