Ahad, 21 Oktober 2012

Resepi Kuih cara berlauk




Kuih cara berlauk
Bahan-bahan ( 10 keping )
utk kuih cara
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
Garam / gula
(saya buat 2 adunan)


Utk inti
6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
1/2 biji capsicum
3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
1 biji bawang besar di potong dadu
2 sudu serbuk kari daging
Sedikit Daun bawang di potong halus
Sedikit daun sup di potong halus
Garam n serbuk perasa

Cara-cara
Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.(saya blend smua n tapis)


cara:
Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.(cara masak saya letak acuan atas api saja senang (^_^) saya ikut cara kak azzariyat nie 
http://azzariyat.com/2010/09/20/resepi-kuih-cara-manis/

Getuk Ubi Kayu



Getuk Ubi Kayu

Bahan-Bahannya (^_^)

:Ubi kayu secukupnya:Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
:Sedikit gula halus
:Bancuhan tepung untuk menggoreng (saya guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit 
:pewarna kuning sdikit, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)

@Nak cecah sambal pn boleh..


Cara membuatnya :-)
1.Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, 

2.rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas.

3.Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata.saya hancur kan gne garfu je, (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).

4.Kemudian buatkan bentuk bebola (klu nk gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata pn boleh). Buat hingga siap.

5.Celup dalam bancuhan tepung,bancuhan hndaklah sedikt pekat xcair sangt n xpekat sangt dan goreng terendam hingga kuning keemasan.

6.Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal untuk minum petang atau pun sarapan pagi...

.selamat memcuba..