Khamis, 18 Oktober 2012

Resepi Roti Jala



Rasa nak cuba bt roti jala,Cuba la resepi nie,
smlm bt ROTI JALA KARI AYAM, 
harini rasa nak makn ROTI JALA KARI DAGING pula..(^_^)

Bahan-bahan ( 3 orang )
3 cawan tepung gandum
1 s/k garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur / saya tak letak(sedap jugak)
3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat./saya guna 
botol muncung 3 dan dua,keje menjala adunan,boleh didapati dikedai alatan rumah,Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah


memang berselera cecah dengan kuah kari
klu ada sekaya durian lagi sedap...nyum..nyum

Resepi TAUHU SUMBAT ISI AYAM



Bahan A
1 ekor Ayam (ambil isi bahagian dada)
kisar guna msin kering
Secubit garam
Secubit lada hitam/lada sulah(klu nk letak)
saya tambah sedikit serbuk Keju Parmesan (tak nak letak
pon xpe)
Sedikit daun bawang dipoyong halus
1 biji cili besar merah dipotong halus


Bahan B
1 biji Bawang merah
3 ulas bwng putih
Sedikit halia (utk hilangkan bau hanyir ayam)
1 s/b minyak olive oil untuk menggoreng bahan B

Bahan C
1 bungkus Tauhu goreng (halal)
1 biji kuning telur/putih telur
Tepung kentacky/serbuk roti
Minyk untk menggoreng

macam ini cara sumbat isi ayam

Cara2
Campur semua bhan A kacau sebati,Goreng bahan B smpai naik bau,jangan garing sangt,masuk kan dalam bahan A Gaul sebati.belah dua Tauhu goreng lepas itu boleh la disumbat isi ayam tadi,sadur Tauhu Sumbat tadi dengan kuning telur atau ptih telur & gaulkan dalam tepung kentacky/serbuk roti & bolehla digoreng dalam api sederhana sehingga kekuningan masak..angkat
bolehla dihidangkan untuk minum petang cecah sos,atau sebagai lauk sampingan..

selamat memcuba




Resipi Puding Karamel Lapis Coklat



Resipi Puding Karamel Lapis Coklat
Bahan A
1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

2 s/b tepung kastad

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

cara:




1.Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.




2.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.


3.Panaskan periuk kukusan-kukus guna oven. Letak air dlm dulang pembakar dan kukus pd suhu 200′C.saya guna pengukus atas dapur.


4.Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.

5.Sebelum masukkan adunan B,goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu.maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain,kemudian
masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.

6.Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.-kite buat 3 lapis je. So kukus lama sikit pd setiap lapisan.
nak buat 2 adunan pon boleh.

7.Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan

Potong dan hidangkan.boleh tahan 3 - 4hari dalam peti
ais.

saya buat 3 lapisan je
selamat memcuba.(^^,)

Resepi Enak Nasi Beriyani



Nasi Beriyani

Bahan-bahan( 6 - 7 orang )
1kg beras basmathi,saya guna basmathi faezah Faiza Moghul
1/2 jam dan sejatkan
1 tin kecil minyak sapi (ghee)
1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
3 biji bawang besar, dihiris halus
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
1 kiub ayam maggi
Garan secukup rasa
Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

Cara-cara
Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

Laksa Siglap



teringin pula nak memcuba buat laksa,jadi saya cuba resepi ini,memang sangat
puas hati walaupun firstime buat dah mejadi..Alhamdulillah...

Bahan-bahan untuk kuah:
300-400 gm ikan tenggiri/parang atau lain2 
(kukus, ambil isinya dan lecek halus)
(saya gunakan ikan mackerel dlm tin- cuci bersih
dan buang sosnya dan lecek halus)
3 batang serai }
2 cm lengkuas }
4 ulas bawang putih }
2 biji bawang besar }…dikisar halus
3 sudu besar kerisik kelapa
400 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air (atau secukupnya)
3 sudu besar (bumbung) rempah kari ikan
sedikit air asam
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

Bahan-bahan untuk Sambal
20 tangkai lada kering - rendam dengan air panas
sehingga kembang, tos, dan kisar dgn sedikit air dan bubuh sedikit garam.

Bahan-bahan untuk tabur:
Sedikit daun kesum atau selasih (cuci bersih dan hiris halus)
150 gm taugeh (bersihkan, buang akarnya, cuci bersih dan toskan)
2 btg timun (buang kulit dan hiris halus)
1 –1 ½ kg mee laksa (celur & toskan)

Peraturan membuat Kuah :
Ikan dibersihakan dan kukus. Ambil isinya saja dan dilecek halus atau kisar.
Gaul rempah kari ikan dgn bahan2 kisar lalu ditumis sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan santan pekat dan 2 cawan. Kacau sekali-sekala dan kemudian dibiarkan sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah sedikit air lagi mengikut citarasa anda. Kemudian bubuh garam secukup rasa.

Cara menghidang
Mee laksa yang telah dicelur diletakkan dalam mangkuk. Atur diatasnya taugeh yg sudah dicelur, hirisan timun dan hirisan daun kesum atau selasih. Tuangkan kuah diatasnya. Letakkan sedikit sambal. Hidangkan panas-panas.

Apam Polkadot Angry Bird



Apam Polkadot Angry Bird
Bahan2
Bahan A
3 biji telur Gred B - guna telur yg korang dh letak dlm fridge, maknanya telur tu sejuk
220gm gula halus @ 1 cwn + 4 1/2 tbsp gula castor - sejukkn gak
edit - saya guna 200gm gula kastor/granulated sugar
1 tsp ovalatte

Bahan B
150gm susu sejuk - guna Susu kotak Nestle Rendah Lemak
- Edit saya guna 3/4 cwn. Buat pg td
275gm tepung gandum* / 2 cwn + 7 tbsp
-Edit - saya guna 255gm tepung gandum
1 tsp baking Powder*
- ayak bahan2 bertanda

* Pengurangan kuantiti tepung & gula ni menghasilkn apam yg lbh lembut

Bahan2 Lain
Apa2 filling - saya guna blueberyy filling
Kaler hitam, kuning, merah..

Edit - Tips Mengurangkan Kebarangkalian Filling Jatuh.
Ramai yg bertanya camna nk atasi masalah filling jatuh. Sbnrnya filling jatuh adalah perkara biasa dlm apam ni. Kita cuma bleh mengurangkan kebarangkalian filling tu jatuh tp ini x bermakna filling tu x jatuh ye.


Klau lama sgt masa yg diambil tuk mengukus apam ni selepas filling dimasukkn, filling tersebut tetap akan jatuh. Selalunya akak akan keraskn filling tu sedikit sebelum mula membuat apam. Cara ni dpt mengurangkn masalah filling jatuh.

Cara Keraskn jem @ filling
Panaskn butter/marjerin dlm pan. Pastu masukkn agak2 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hgga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jem. Kacau hgga sebati & pekat.. klau keras, bleh tambah sedikit air. Klau lembik, bleh tambahkn lg jem. Tutup api, angkat & biar sejuk baru guna


Sebelum nk mula kn sediakn semua Bahan2 dia tau... Besi mixer tu pn sejukkn gk. saya masukkn je kejap dlam fridge bahagian atas. Ni tuk mempercepat proses mengembang & menggebukan adunan... Yg xde stand mixer, mmg terasa lenguh tangan memukul adunan ni.. cam saya la. saya cuma ada hand-mixer je...

Cara2
1. Pukul Bahan2 A hgga putih & kembang. Dia akan jd agak likat. Sesape yg pnh buat Kuih Bahulu.. haaa.. cam2 la likatnya adunan ni.. Telur + Gula + Ovalatte - sume sejuk ye.. bru kuar dr fridge...Proses exercise tangan dh bermula dh...

saya guna high speed - pastikan off kn kejap mixer bila dh sampai 2 minit ye. Pastu on balik - klau x, nnt rosak plak mixer tu,Adunan yg cukup kembang - bila angkat mixer tu, adunan meleleh & tinggalkn jejak, adunan yg berlingkar kt bawah tu la dinamakn jejak...


2. Masukkn susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan,Masukkn susu sedikit demi sedikit,Pukul hgga btol2 sebati & gebu & masukkn susu lagi
Buat hgga susu abis dimasukkan dalam adunan.


3. Masukkn tepung sedikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan perlahan. Pukul hgga likat bg setiap kali dh masukkn tepung,Masukkan tepung sedikit demi sedikit, Pukul perlahan & btol2 sebati baru masukkn tepung lg.Adunan yg dh sebati ngn tepung - Anda akan dapat adunan yg likat,Masa pukul tu rasa berat je...Jgn pandai2 pukul ngn high speed ye... x pasal2 rosak aset tu. Klau yg berkuasa tinggi xpe la...


4. Amik lebih kurang 1 senduk adunan & letak kaler hitam. saya xde kaler hitam, so.. saya campurkn kaler merah & biru. Dpt la kaler purple kehitaman. Bleh la. Kaler hitam mmg susah nk dapat. Pastu harganya mmg mahal dlm RM6 - RM7 sebotol.. Amik 1 tbsp lg adunan & masukkn terus ke dlam piping bag. Yg len tu bahagi 2 - 1 letak kaler merah & 1 lg kaler kuning,Adunan kaler hitam & ori. Filling blueberry pn masukkn dlm piping bag gk ye


5. Proses memasukkn adunan dlm acuan.Guna sudu tuk masukkn adunan kaler merah ke dlam
acuan lompang saiz kecik & dilapik ngn cup kertas
Isi hgga hampir penuh...Pipe kan blueberry filling. Masa ni bleh la panaskn kukusan,
Tutup filling ngn adunan kaler merah gak. Isi hgga separas ngn cup kertas.. Bila dh masak nnt bru nampak montel2.
saya buat ni x cukup penuh sebenarnya.. tu yg x nampak montel sgt.


6. Proses nk lukis Ladybird....Amik piping bag berisi adunan kaler hitam.

Buat garis melintang cam pic kt atas
Gunakan kaler yg sama & pipe kn hgga memenuhi semua ruang kt bahagian atas tu
Buat plak garis menegak cam pic kt atas
Then, buat dot2 la... ikut la bnyk mana dot2 nk
Pastu, amik piping bag berisi kaler ori.. pipe kn 2 dot kt atas tuk buat mata dia
Amik piping bag kaler hitam lak. Pipe kan kt tengah2 dot yg kaler ori/putih tu
haaaa... jd dh mata dia.. Lengkap la Ladybird kita,Ladybird yg dh siap. Tgh pose tunggu tuk masukkn dlam periuk kukusan. Periuk tu pn dh memanggil sejak td.. dia pn x sabaq no..

                   
                                            

7. Kukus selama 15min ngn api sederhana.. Jgn guna api perlahan plak.. nnt x kembang plak..& jd x brapa nk comel.


                                            
Ladybird2 ni tgh posing ...
Seronok sgt bila tgk hasilnya..
Nota..
* Penutup kukusan kena lapik/balut ngn kain/towel bersih supaya air x menitik atas permukaan apam..
* Kaler hitam = Royal Blue + Merah + Oren + Kuning Lemon
- saya cuma campurkn biru + merah + oren + kuning. Nisbah sukatan saya agak2 je..

Selamat Mencuba... Gud Luck...

Gnocchi Kentang



Gnocchi kentang

Bahan-bahan untuk Gnocchi: cukup untuk 3orang 
1/2 kg kentang
25 g mentega / saya tak letak pon
1 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur dipukul
Keju Parmesan - parut (ikut suka kita nak letak ke tidak)


Cara-cara
1. Kupas kentang dan dipotong dadu. Rebus dalam periuk yang dilindungi sehingga tender. Toskan dan mash sehingga licin. 2. Kacau dalam mentega, telur dan tepung. Ketepikan
2. Gaul dalam mentega, telur dan tepung. Ketepikan. 
3. Pusingkan doh sejuk ke permukaan yg berupa dan membahagi kepada dua bahagian.
4. Roll doh ke dalam bersama-sama bentuk sosej. Potong doh saiz 1/2 inci. 
5. Tekan dengan belakang garpu untuk memberikan corak gnocchi tradisional / nak guna kayu pembuat kuih siput pun boleh
6. Masak air tambah sesudu kecil minyak dan sedikit garam masak sehingga air mendidih di dalam periuk besar. Masukkan gnocchi dan masak sehingga keping naik ke permukaan. 7. Menggunakan sudu garfu, toskan gnocchi. Letakkan dalam mangkuk 
8. Tuangkan sos di atas dan taburkan beberapa Keju Parmesan parut segar. Menikmati.

                           


Sos bolognaise saya
(anda boleh gantikan dengan sos spagetti putih
saya suka sos spagetti merah)

bahan:
Minyak zaitun 
4 bawang putih ~ dicincang
1 bawang besar ~ didadu
1 bngkus daging kisar Ramli ~lerai2 kan
2 biji tomato besar ~ didadu Kimball Spagetti Sauce Kering
Kemangi Merah, capsicum kuning dan hijau ~ didadu
Gula
Garam

Cara
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk. Tambah bawang putih cincang dan goreng sehingga perang keemasan.
2. Tambah bawang dipotong dadu dan masak sehingga naik bau
3. Tambah daging cincang dan kacau hingga separuh masak.
4. Tambah tomato dadu. Kacau Biarkan ia masak.
5. Tambah dalam Sos Kimball Spagetti, garam, gula selasih, lada dan manis.
6. Biarkan reneh sos selama 5 minit lagi, tutup kan ia
7. Buang dari haba dan bersedia untuk dituang dalam gnocchi.

Gnocchi kentang




Gnocchi kentang
Bahan-bahan untuk Gnocchi: cukup untuk 3orang 
1/2 kg kentang
25 g mentega / saya tak letak pon
1 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur dipukul
Keju Parmesan - parut (ikut suka kita nak letak ke tidak)


Cara-cara
1. Kupas kentang dan dipotong dadu. Rebus dalam periuk yang dilindungi sehingga tender. Toskan dan mash sehingga licin. 2. Kacau dalam mentega, telur dan tepung. Ketepikan
2. Gaul dalam mentega, telur dan tepung. Ketepikan. 
3. Pusingkan doh sejuk ke permukaan yg berupa dan membahagi kepada dua bahagian.
4. Roll doh ke dalam bersama-sama bentuk sosej. Potong doh saiz 1/2 inci. 
5. Tekan dengan belakang garpu untuk memberikan corak gnocchi tradisional / saya guna kayu pembuat kuih siput
6. Masak air tambah sesudu kecil minyak dan sedikit garam masak sehingga air mendidih di dalam periuk besar. Masukkan gnocchi dan masak sehingga keping naik ke permukaan. 7. Menggunakan sudu garfu, toskan gnocchi. Letakkan dalam mangkuk 
8. Tuangkan sos di atas dan taburkan beberapa Keju Parmesan parut segar. Menikmati.





Sos bolognaise saya
(anda boleh gantikan dengan sos spagetti putih
saya suka sos spagetti merah)

bahan:
Minyak zaitun 
4 bawang putih ~ dicincang
1 bawang besar ~ didadu
1 bngkus daging kisar Ramli ~lerai2 kan
2 biji tomato besar ~ didadu Kimball Spagetti Sauce Kering
Kemangi Merah, capsicum kuning dan hijau ~ didadu
Gula
Garam

Cara
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk. Tambah bawang putih cincang dan goreng sehingga perang keemasan.
2. Tambah bawang dipotong dadu dan masak sehingga naik bau
3. Tambah daging cincang dan kacau hingga separuh masak.
4. Tambah tomato dadu. Kacau Biarkan ia masak.
5. Tambah dalam Sos Kimball Spagetti, garam, gula selasih, lada dan manis.
6. Biarkan reneh sos selama 5 minit lagi, tutup kan ia
7. Buang dari haba dan bersedia untuk dituang dalam gnocchi.