Khamis, 18 Oktober 2012

Resepi TAUHU SUMBAT ISI AYAM



Bahan A
1 ekor Ayam (ambil isi bahagian dada)
kisar guna msin kering
Secubit garam
Secubit lada hitam/lada sulah(klu nk letak)
saya tambah sedikit serbuk Keju Parmesan (tak nak letak
pon xpe)
Sedikit daun bawang dipoyong halus
1 biji cili besar merah dipotong halus


Bahan B
1 biji Bawang merah
3 ulas bwng putih
Sedikit halia (utk hilangkan bau hanyir ayam)
1 s/b minyak olive oil untuk menggoreng bahan B

Bahan C
1 bungkus Tauhu goreng (halal)
1 biji kuning telur/putih telur
Tepung kentacky/serbuk roti
Minyk untk menggoreng

macam ini cara sumbat isi ayam

Cara2
Campur semua bhan A kacau sebati,Goreng bahan B smpai naik bau,jangan garing sangt,masuk kan dalam bahan A Gaul sebati.belah dua Tauhu goreng lepas itu boleh la disumbat isi ayam tadi,sadur Tauhu Sumbat tadi dengan kuning telur atau ptih telur & gaulkan dalam tepung kentacky/serbuk roti & bolehla digoreng dalam api sederhana sehingga kekuningan masak..angkat
bolehla dihidangkan untuk minum petang cecah sos,atau sebagai lauk sampingan..

selamat memcuba




Tiada ulasan:

Catat Ulasan