Khamis, 18 Oktober 2012

Resepi Roti Jala



Rasa nak cuba bt roti jala,Cuba la resepi nie,
smlm bt ROTI JALA KARI AYAM, 
harini rasa nak makn ROTI JALA KARI DAGING pula..(^_^)

Bahan-bahan ( 3 orang )
3 cawan tepung gandum
1 s/k garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur / saya tak letak(sedap jugak)
3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat./saya guna 
botol muncung 3 dan dua,keje menjala adunan,boleh didapati dikedai alatan rumah,Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah


memang berselera cecah dengan kuah kari
klu ada sekaya durian lagi sedap...nyum..nyum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan