Khamis, 29 November 2012

Crepe Durian Comel Polkadot

fenomena crepe Durian ,ada dot-dot plk ha..saja gatal tangan..hi..mmg sedap dimakan sejuk-sejuk




Copy resepi nie pula..

Dari dapur kakzu
trima kasih kakzu atas resepi

Crepe Durian Polkadot


BAHAN BAHAN

20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan


CARA CARA

Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk , sebatikan dan tapis
Lengserkan kuali dengan butter.
Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan tipis. Masa kite menebar tuu lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal. Buat crepe setipis yang boleh ye.
Masak menggunakan api yang kecil
Masak hingge crepe mengering dan tak perlu di terbalikkan.

FILLING
200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
Isi durian secukupnye.

atau

FILLING KASTARD

A ) 200 gm susu segar
50 gm whipping cream

B ) 30 gm tepung kastard
50 gm gula castor
2 kuning telur
30 gm susu segar

200 gm non dairy whipping cream

Satukan campuran B hingga sebati.
Satukan A dan B dan masak atas double boiler hingga adunan menjadi pekat.. Sejukkan sebentar.( biar betul betul sejuk tauu , kalau tak nanti freshcream tuu mencair )
Putar whipping hingga kental.
Satukan adunan kastard dan whipping dengan kaedah kaup balik.

CARA MENGGULUNG.
Ambil sekeping crepe
Letak filling
Letak isi durian
Gulung crepe dengan melipat kiri dan kanan.Lipat bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah keatas
.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan