Selasa, 9 Oktober 2012

Resepi Ringkas Homemade Beef Burger


Resepi Ringkas
Homemade Beef Burger

Bahan-bahan:

500gm daging lembu tanpa lemak – dikisar dalam food processor

1 sudu besar lada hitam – ikut suka tekak korang la yer 

1 biji telur (Kuning Sahaja)
1 sudu besar serbuk roti / breadcrumb – kebetulan xde mse tu sye bakar roti gardenia hingga kekuningan & blend dlm food processor
2 sudu sos prego traditional
1/2 biji bawang holland di dadu – kalau bawang tu kecik, korang guna la sebiji
2 biji bwng putih
Sedikit daun sup potong halus
1 sudu kecil keju parmesan
(saja sye tambah)
sudu kecil garam halus

Cara-caranya:

1.Campurkan bahan-bahan di atas dan gaulkan hingga sebati. 2.Kemudian bentukkan seperti daging burger & balutkan dengan aluminium foil. Simpan dalam peti sejuk selama semalaman supaya daging burger “set”
3.Resepi ini membentuk lebih kurang 4 keping beef patty.
4.Kemudian boleh la masak dlm non stick pan masukkan butter sesudu. grill beef patty tu atas api slow smpai masak.
5.Grill roti burger yang di sapukan sedikit butter di atas kuali panas,
6.dah siap Masak,Time beef patty tengah panas-panas tu, terus letak skping cheese supaya ia melt & lebih seksi…
7. sapukan mayonis pd roti & susun sayur-sayuran anda siap..nak mkn ngn sos cili pn Sedap..(^_^)

Resepi tambahan

(klu nak Dalam pan lain pulak, saute a handfull of slices button mushroom & another half yellow onion tu dengan olive oil hingga garing)..
Lepas tu boleh la enjoy the homemade beef burger with mushroom! Jemput la makan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan