Khamis, 18 Oktober 2012

Resipi Puding Karamel Lapis Coklat



Resipi Puding Karamel Lapis Coklat
Bahan A
1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

2 s/b tepung kastad

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

cara:




1.Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.




2.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.


3.Panaskan periuk kukusan-kukus guna oven. Letak air dlm dulang pembakar dan kukus pd suhu 200′C.saya guna pengukus atas dapur.


4.Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.

5.Sebelum masukkan adunan B,goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu.maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain,kemudian
masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.

6.Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.-kite buat 3 lapis je. So kukus lama sikit pd setiap lapisan.
nak buat 2 adunan pon boleh.

7.Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan

Potong dan hidangkan.boleh tahan 3 - 4hari dalam peti
ais.

saya buat 3 lapisan je
selamat memcuba.(^^,)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan