Khamis, 18 Oktober 2012

Laksa Siglap



teringin pula nak memcuba buat laksa,jadi saya cuba resepi ini,memang sangat
puas hati walaupun firstime buat dah mejadi..Alhamdulillah...

Bahan-bahan untuk kuah:
300-400 gm ikan tenggiri/parang atau lain2 
(kukus, ambil isinya dan lecek halus)
(saya gunakan ikan mackerel dlm tin- cuci bersih
dan buang sosnya dan lecek halus)
3 batang serai }
2 cm lengkuas }
4 ulas bawang putih }
2 biji bawang besar }…dikisar halus
3 sudu besar kerisik kelapa
400 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air (atau secukupnya)
3 sudu besar (bumbung) rempah kari ikan
sedikit air asam
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

Bahan-bahan untuk Sambal
20 tangkai lada kering - rendam dengan air panas
sehingga kembang, tos, dan kisar dgn sedikit air dan bubuh sedikit garam.

Bahan-bahan untuk tabur:
Sedikit daun kesum atau selasih (cuci bersih dan hiris halus)
150 gm taugeh (bersihkan, buang akarnya, cuci bersih dan toskan)
2 btg timun (buang kulit dan hiris halus)
1 –1 ½ kg mee laksa (celur & toskan)

Peraturan membuat Kuah :
Ikan dibersihakan dan kukus. Ambil isinya saja dan dilecek halus atau kisar.
Gaul rempah kari ikan dgn bahan2 kisar lalu ditumis sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan santan pekat dan 2 cawan. Kacau sekali-sekala dan kemudian dibiarkan sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah sedikit air lagi mengikut citarasa anda. Kemudian bubuh garam secukup rasa.

Cara menghidang
Mee laksa yang telah dicelur diletakkan dalam mangkuk. Atur diatasnya taugeh yg sudah dicelur, hirisan timun dan hirisan daun kesum atau selasih. Tuangkan kuah diatasnya. Letakkan sedikit sambal. Hidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan