Selasa, 9 Oktober 2012

Dumpling

Bahan
Kulit dumpling (bolh ddapati di pasaraya2).

Untuk Inti:
#500g kucai, dipotong 1cm
#1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
200g daging/ayam cincang
5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan
2-3 cm halia, dicincang
1/2 sk serbuk lada putih
1 sb kicap cair
1 sk minyak bijan
1 sb tepung ubi
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara2
Untuk Inti:
Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.
Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

Resepi Ringkas Homemade Beef Burger


Resepi Ringkas
Homemade Beef Burger

Bahan-bahan:

500gm daging lembu tanpa lemak – dikisar dalam food processor

1 sudu besar lada hitam – ikut suka tekak korang la yer 

1 biji telur (Kuning Sahaja)
1 sudu besar serbuk roti / breadcrumb – kebetulan xde mse tu sye bakar roti gardenia hingga kekuningan & blend dlm food processor
2 sudu sos prego traditional
1/2 biji bawang holland di dadu – kalau bawang tu kecik, korang guna la sebiji
2 biji bwng putih
Sedikit daun sup potong halus
1 sudu kecil keju parmesan
(saja sye tambah)
sudu kecil garam halus

Cara-caranya:

1.Campurkan bahan-bahan di atas dan gaulkan hingga sebati. 2.Kemudian bentukkan seperti daging burger & balutkan dengan aluminium foil. Simpan dalam peti sejuk selama semalaman supaya daging burger “set”
3.Resepi ini membentuk lebih kurang 4 keping beef patty.
4.Kemudian boleh la masak dlm non stick pan masukkan butter sesudu. grill beef patty tu atas api slow smpai masak.
5.Grill roti burger yang di sapukan sedikit butter di atas kuali panas,
6.dah siap Masak,Time beef patty tengah panas-panas tu, terus letak skping cheese supaya ia melt & lebih seksi…
7. sapukan mayonis pd roti & susun sayur-sayuran anda siap..nak mkn ngn sos cili pn Sedap..(^_^)

Resepi tambahan

(klu nak Dalam pan lain pulak, saute a handfull of slices button mushroom & another half yellow onion tu dengan olive oil hingga garing)..
Lepas tu boleh la enjoy the homemade beef burger with mushroom! Jemput la makan..